Hospital Selayang kenakan caj parkir tahun depan

Info grafik mengenai caj parkir kenderaan di Hospital Selayang berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
Info grafik mengenai caj parkir kenderaan di Hospital Selayang berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Hospital Selayang akan mengenakan caj parkir kenderaan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Hospital itu dalam satu kenyataan dan info grafik di Facebook memaklumkan, kadar caj dicadangkan mengikut tempoh masa ditetapkan.

Menurut kenyataan itu, tempoh 15 minit pertama percuma, manakala RM2 dikenakan bagi setiap jam.

"Kadar maksimum RM14 sehari, bagi kehilangan tiket dan 'clamping fee' (kunci tayar) masing-masing dikenakan bayaran sebanyak RM50," kata kenyataan itu pada Rabu.

Pelaksanaan caj parkir kenderaan itu menggunakan sistem parkir mekanikal, tanpa tunai dan 'auto pay'.

Artikel Berkaitan: