'Kami bawa tiga tan makanan, keperluan harian'

Sukarelawan MySinar yang menjalankan Misi Bantuan Banjir MySinar 2022 di sekitar Pasir Puteh.
Sukarelawan MySinar yang menjalankan Misi Bantuan Banjir MySinar 2022 di sekitar Pasir Puteh.
A
A
A

PASIR PUTEH - Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia (MySinar) membawa tiga tan makanan dan keperluan harian bernilai lebih RM10,000 untuk diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Penghantaran kesemua barangan itu menggunakan 15 kenderaan pacuan empat roda ke daerah terjejas teruk di Rantau Panjang, Jerteh, Pasir Puteh dan Tumpat.

Barangan keperluan diagihkan menggunakan pacuan empat roda.
Barangan keperluan diagihkan menggunakan pacuan empat roda.

Penyelaras Misi Bantuan Banjir MySinar 2022, Nik Affieza Nik Arif berkata, mereka menyasarkan kira-kira 150 mangsa terutama golongan orang kurang upaya (OKU) dan pekerja kampung.

"Alhamdulillah, kami menerima sokongan dan tajaan daripada orang perseorangan dan syarikat korporat termasuk Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika Misi Bantuan Banjir MySinar 2022 di sini pada Sabtu.

Nik Affieza yang juga Setiausaha Kerja MySinar memberitahu, lebih 30 sukarelawan pertubuhan itu turut bersama dalam misi pembersihan di rumah mangsa banjir.

Sementara itu, mangsa banjir Kampung Puyu, Semerak di sini, Yahya Mohd Nor, 57, bersyukur menerima bantuan untuk kali pertama selepas diuji banjir teruk minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

"Syukur kerana ada bekalan seperti tepung, gula dan susu ini sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan kami sekeluarga," katanya.

Menurut Yahya, rumahnya ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter selepas pertembungan hujan lebat dan air dari hulu.

Yahya bersama isteri, Tuan Sabariah Tuan Ismail, 56, adik ipar yang juga OKU, Tuan Jamilah Tuan Ismail, 39, terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan.

Jirannya, Hasmah Mat Zain, 72, pula terharu kerana ada sukarelawan yang sanggup menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah.

Sebelum ini katanya, tiada lagi bantuan diterima di sekitar kawasan itu.

"Kami masih lagi bimbang dengan cuaca dan air bah. Alhamdulillah, bantuan ini memang dinantikan kerana dapat membantu mengurangkan kos kerana ada lagi keperluan lain yang penting untuk dibeli," katanya.

Hasmah
Hasmah