Dua lagi suspek periksa MPV polis direman

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Dua suspek terakhir yang ditahan di Nilai dan Rantau, semalam, dipercayai terlibat dengan tindakan menahan dan memeriksa sebuah kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, Sabtu lepas, direman empat hari sehingga Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi berkata kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan kerana menghalang tugas penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Polis sebelum ini memburu lima individu disyaki terlibat kejadian menahan dan memeriksa sebuah MPV polis di hadapan SJKC Chung Hua, Rantau Sabtu lepas, selepas mendakwa pihak polis membawa lebihan kertas undi.

Berikutan itu, polis telah menahan tiga lelaki berusia 36 hingga 50 tahun di Rantau dan beberapa tempat di daerah ini antara 12 tengah hari dan 4 petang, kelmarin.

Ketiga-tiga mereka yang merupakan penjual kenderaan, pemandu lori dan peniaga ayam direman tiga hari sehingga esok.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ganggu polis bertugas tindakan biadab'

Artikel Berkaitan: