Kerajaan belum terima maklum balas Duta AS

Saifuddin ketika berucap semasa menghadiri Seminar Antrabangsa Berhubung Isu Global di UTM Skudai, di sini, hari ini.
Saifuddin ketika berucap semasa menghadiri Seminar Antrabangsa Berhubung Isu Global di UTM Skudai, di sini, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Luar mengesahkan kerajaan masih belum menerima sebarang maklum balas dari Kedutaan Amerika Syarikat berhubung tindakan negara itu yang menyenaraikan Malaysia sebagai ‘Indikator K’.

Indikator K adalah merujuk kepada rakyat negara itu (Amerika Syarikat) berisiko diculik atau dijadikan tebusan yang juga sebagai nasihat perjalanan bagi warganegara berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata, sehingga pagi tadi Wisma Putra masih lagi belum menerima sebarang maklum balas daripada Duta negara berkenaan yang telah dipanggil.

"Belum lagi (terima maklum balas)," jawabnya secara ringkas dalam sidang media selepas menghadiri Seminar Antarabangsa Berhubung Isu Global yang disediakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Indikator 'K': Kementerian Luar akan panggil Duta AS

Sabah selamat dikunjungi, kata Menteri Pertahanan

Hadir sama, Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Wahid Omar.

Semalam, media melaporkan, Kementerian Luar akan memanggil Duta AS di Malaysia dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan mengenai keputusan kerajaan negara itu meletakkan Malaysia dalam Indikator ‘K’ berhubung nasihat perjalanan dikeluarkannya pada 9 April.

Katanya, ia kerana keputusan Washington itu dikhuatiri memberi pelbagai implikasi negatif terutama kepada sektor pelancongan dan komuniti perniagaan di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata Kementerian Luar kini berhasrat untuk mempelbagaikan latar belakang pendidikan akademik individu yang menjadi pegawai kedutaan bagi mewakili negara ini di peringkat antarabangsa.

Katanya, langkah itu bagi meningkatkan lagi mutu diplomasi dalam kalangan pegawai dilantik.

"Di peringkat antarabangsa, pelbagai isu dibincangkan dan membabitkan pelbagai bidang berbeza antaranya sains dan teknologi.

"Jadi pada masa depan, individu dengan latar belakang pendidikan seperti perundangan, perakaunan dan kejuruteraan berpeluang dilantik sebagai pegawai kedutaan," katanya.