Sabah selamat dikunjungi, kata Menteri Pertahanan

Mohamad ketika ditemui, hari ini ini. - Foto Sinar Harian Zahid Izzani
Mohamad ketika ditemui, hari ini ini. - Foto Sinar Harian Zahid Izzani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menasihatkan rakyat supaya tidak cemas dengan amaran yang dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia antara 34 negara yang berisiko penculikan tinggi.

“Amaran AS itu sentiasa dikeluarkan dari semasa ke semasa, jadi kerajaan memberi jaminan keadaan timur Sabah semakin aman dan penyelesaian politik di selatan Filipina sedang berlangsung.

“Malaysia, Filipina dan Indonesia sentiasa ambil berat dan menjalankan rondaan bersama di kawasan perairan dan kita jamin ia selamat,” katanya.

Memetik laporan Malay Mail, Jabatan AS telah mengeluarkan amaran kepada warganegara tersebut untuk tidak melancong ke 34 negara termasuk Malaysia yang mempunyai risiko penculikan.

Artikel Berkaitan: