Sistem dalam negara perlu dipegang pemimpin berintegriti

Akhbar ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk Kuasa Takluki Integriti yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Akhbar ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk Kuasa Takluki Integriti yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sistem yang ada dalam negara ini perlu dipegang oleh pemimpin atau individu yang mempunyai tiga sifat utama iaitu integriti, pengetahuan dan berani kerana benar.

Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, ciri-ciri tersebut amat penting bagi memastikan penguatkuasaan sesuatu akta itu dapat dilaksanakan dengan telus.

Menurut beliau, sifat integriti itu bermaksud pemimpin perlu tahu bezakan mana perkara yang betul atau salah, manakala pengetahuan pula memerlukan individu tahu bagaimana melaksanakan tugasnya mengikut polisi yang ada.

“Yang paling mustahak sekali adalah berani kerana benar, ini payah dapat. Kadang-kala, kalau kita tidak ikut Perdana Menteri atau sesiapa yang memerintah, masa depan gelap. Kita akan ditukar dan sebagainya, jadi itu buat kita rasa takut.

“Orang pertama sekali, sebagai Perdana Menteri, dia kena tunjukkan contoh yang baik. Maknanya jangan campur tangan dari segi pentadbiran kerajaan.

“Biar badan penguatkuasa jalankan tugas dengan baik dan integriti tetapi kita jangan pengaruhi termasuk juga dari segi perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk Kuasa Takluki Integriti yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Akhbar (tengah) ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk Kuasa Takluki Integriti yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Akhbar (tengah) ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk Kuasa Takluki Integriti yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Program itu turut menampilkan aktivis politik, Liyana Marzuki manakala Anim Ezati Rizki sebagai moderator.

Dalam pada itu, Akhbar turut menyarankan supaya perbahasan sidang Dewan Rakyat yang diadakan tidak lama lagi ini membincangkan idea dan isu-isu penting yang menyentuh kepentingan negara.

“Kini kita dapati ada usaha-usaha memperbaiki ekonomi, menstabilkan politik dan sebagainya. Saya rasa kita sebagai ahli politik, jangan masuk politik dalam kepentingan sendiri.

“Sebab kita pun sudah teruk, rakyat susah dan sebagainya, jika sekiranya ada idea-idea yang bagus daripada kerajaan atau pembangkang, kita kena terima.

“Jangan bergaduh (dalam Parlimen). Maknanya dalam Parlimen nanti, berbahaslah perkara-perkara yang ada idea bagus demi kepentingan negara tetapi bukan demi kepentingan peribadi,” ujarnya.