Permit operasi syarikat lori terlibat kemalangan digantung

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, pemandu treler yang tular membawa muatan berlebihan hingga mengakibatkan kemalangan maut di Kilometer 69 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik pada Oktober lalu mempunyai 10 rekod kesalahan trafik.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan, pemandu treler yang tular membawa muatan berlebihan hingga mengakibatkan kemalangan maut di Kilometer 69 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik pada Oktober lalu mempunyai 10 rekod kesalahan trafik.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Permit operasi syarikat lori terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak yang mengakibatkan kematian seorang bayi akan digantung sementara untuk dilakukan audit ke atas semua lori syarikat itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi hantaran di Facebook beliau pada Selasa berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarah mengambil tindakan segera terhadap pemandu lori dan syarikat berkenaan.

"Saya berasa amat simpati dengan keluarga mangsa kemalangan ini yang kehilangan bayi sulung mereka. Salam takziah kepada keluarga.

"Saya tidak akan berkompromi dengan pemandu dan syarikat yang membahayakan orang ramai di atas jalan raya,” katanya yang turut berkongsi video berdurasi 16 saat memaparkan kemalangan itu.

Tular di media sosial luahan mangsa kemalangan itu yang kesal dengan sikap pemandu lori didakwa membawa muatan melebihi had sehingga menyebabkan muatan tersebut terjatuh dan menimpa kenderaan lain.

Semalam, Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Zulkifli Mahmood dilaporkan berkata, polis telah menahan pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di KM69 Lebuhraya Timur-Barat (Gerik-Jeli) pada 29 Oktober lepas itu, ketika lelaki itu melalui sekatan jalan raya Batu Melintang di Jeli, Kelantan, pada hari sama. - Bernama

Artikel Berkaitan: