Dua wanita rayu bantu bawa pulang anak

Dua wanita rayu Perdana Menteri bantu bawa pulang anak mereka yang menjadi sindiket penipuan tawaran kerja.
Dua wanita rayu Perdana Menteri bantu bawa pulang anak mereka yang menjadi sindiket penipuan tawaran kerja.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua wanita tampil merayu kepada kerajaan untuk membawa pulang anak lelaki mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran kerja sejak tiga bulan lalu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), dua wanita berkenaan hanya mampu merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bantu anak lelaki mereka yang berumur 19 dan 21 tahun itu kembali ke tanah air.

"Dia cakap nak pergi kerja di Singapura, bila sampai di Johor Bahru ada ejen yang buatkan visa. Kali terakhir dia bagi tahu, dia berada di sempadan Myanmar, tidak masuk Singapura.

"Dari Senai (Johor) terus ke Bangkok (Thailand). Mereka hanya ikut ejen berkenaan sebab ingatkan betul-betul ditawarkan kerja, (namun) bila sampai sana, mereka disuruh scam orang (lain) dan perlu capai target RM30,000 sebulan.

"Anak kami tak capai target, jadi mereka diasingkan. Ejen minta pampasan sebanyak RM15,000 kalau nak balik Malaysia. (Ejen) Minta RM5,000 pendahuluan tetapi kami tidak dapat bayar. Kami bukan orang senang," katanya.

Dalam pada itu wanita berkenaan turut memberitahu anaknya dipukul dan tidak diberi makan selain diugut untuk dijual ke tempat lain.

"Dalam WhatsApp dia hanya cakap 'mama..sakit'. Dia tak berani nak cerita (lanjut) sebab telefon dia akan dipantau.

"Minta tolong selamatkan anak saya, sebab saya risau dia akan dijual ke tempat lain, sekarang kena pukul, diseksa dan tidak diberi makan. Jadi saya mohon Datuk Seri Anwar selamatkan anak kami," luahnya.

Artikel Berkaitan: