Rosmah hanya jumpa Zahid, tak terlibat Mesyuarat MKT UMNO

Kehadiran Rosmah (kanan) pada malam mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn menimbulkan tanda tanya. - Foto Bernama TV
Kehadiran Rosmah (kanan) pada malam mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn menimbulkan tanda tanya. - Foto Bernama TV
A
A
A

SHAH ALAM- Kelibat Datin Seri Rosmah Mansor di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur yang mencuri perhatian media pada malam Khamis tidak seharusnya menjadi isu.

Menurut bekas pegawai Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini rapat dengan Rosmah, Rahimi Osman, kedatangan beliau ketika itu bukan kerana terlibat dengan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebaliknya disebabkan ingin berjumpa dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Ramai yang buat cerita kononnya Rosmah masuk dalam mesyuarat MKT tersebut.

"Tapi sebenarnya Rosmah tiba di Bangunan UMNO sebelum mesyuarat bermula hanya untuk bertemu dengan Presiden UMNO.

"Beliau tidak ada apa-apa urusan dalam Mesyuarat MKT," katanya dalam hantaran Facebook pada Jumaat.

Hantaran itu kemudian mendapat perkongsian daripada Rosmah di media sosial yang sama.

MKT yang diadakan merupakan mesyuarat pertama UMNO selepas selepas enam ahli parti itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara ahlinya adalah Ahmad Zahid ; Datuk Seri Mohamad Hassan; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Datuk Seri Azalina Othman Said; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Rahimi mengingatkan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan.

"Kita tidak boleh memandai-mandai buat cerita yang kita tidak tahu, kerana akhirnya akan menjadi fitnah," tambahnya.