Lebih lapan jam padam kebakaran kilang kopi

Kilang kopi yang beroperasi di Taiping musnah 80 peratus dalam kebakaran. - Foto ihsan JBPM Perak
Kilang kopi yang beroperasi di Taiping musnah 80 peratus dalam kebakaran. - Foto ihsan JBPM Perak
A
A
A

TAIPING - Dua pekerja terselamat dalam kebakaran sebuah kilang kopi di Kampung Boyan di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.38 pagi.

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang kelas A yang musnah terbakar 80 peratus. Dalam kejadian ini, terdapat dua pekerja namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Pasukan diarahkan membuat kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan aliran air sehingga api berjaya padam sepenuhnya," katanya.

Menurutnya, operasi yang berlangsung lebih lapan jam itu melibatkan 54 pegawai dan anggota.

Sebuah kilang kopi musnah dalam kebakaran di Taiping pada Isnin. - Foto ihsan JBPM Perak
Sebuah kilang kopi musnah dalam kebakaran di Taiping pada Isnin. - Foto ihsan JBPM Perak

"Selain Taiping, bantuan diterima daripada BBP Kamunting, Batu Kurau, Bagan Serai serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Sepetang dan Parit Buntar.

"Operasi tamat pada jam 1 petang. Punca kejadian dan jumlah anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak forensik," katanya.

Artikel Berkaitan: