'Arwah terlalu baik dengan ramai orang'

Jenazah Allahyarham diusung ke Tanah Perkuburan Kubang Bemban Mukim Bechah Resak, Chabang Empat, Tumpat.
Jenazah Allahyarham diusung ke Tanah Perkuburan Kubang Bemban Mukim Bechah Resak, Chabang Empat, Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Pemergian Ketua Polis Daerah Jeli, Allahyarham Superintendan Ahmad Arifin akibat jangkitan kuman di salur kencing pada Ahad disifatkan satu kehilangan besar buat keluarga dan kenalan.

Isteri arwah, Zalihar Zakaria, 45, berkata, suaminya itu mengalami demam biasa pada Khamis dan sembuh pada Jumaat namun kembali mengadu sakit badan pada Ahad sebelum dibawa ke Hospital Pakar Perdana (KPJ Perdana) pada jam 8 pagi.

“Tiba di hospital, beliau terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ketika saya dapat melihatnya pada jam 7 malam, beliau sudah tidak sedarkan diri.

“Doktor memaklumkan keadaan suami semakin lemah dan meminta izin untuk mencabut alat bantuan pernafasan sebelum beliau meninggal dunia di sisi saya pada jam 9.43 malam,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Bechah Resak, Chabang Empat pada Isnin.

Menurut Zalihar, arwah sangat rapat dengan anak-anaknya dan pernah memberitahu mahu dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumah mereka jika beliau meninggal dunia.

“Arwah menghidap kencing manis dan tekanan darah rendah.

“Saya reda atas pemergian arwah dan jenazahnya pun kelihatan tenang serta seolah-olah tersenyum,” jelasnya.

Zalihar (dua dari kanan) menerima sumbangan daripada wakil Istana Kelantan.
Zalihar (dua dari kanan) menerima sumbangan daripada wakil Istana Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham meninggalkan seorang balu yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut dan lima anak berusia lima hingga 22 tahun.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob dan dua bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan dan Datuk Shafien Mamat.

Sementara itu, Shafien berkata, sepanjang perkhidmatan di bawah seliaannya sebelum ini, Allahyarham sangat rapat dengannya dan adalah seorang pegawai kanan yang berdedikasi.

“Arwah ini sangat baik dengan semua dan suka memudahkan urusan orang lain orang tanpa mengira pangkat, lebih-lebih lagi terhadap anggota bawahannya.

“Arwah juga dikenali sebagai seorang yang sangat ramah dengan jiran tetangga,” ujarnya.

Zalihar (tiga dari kiri) dan anak-anak menerima ziarah daripada orang ramai.
Zalihar (tiga dari kiri) dan anak-anak menerima ziarah daripada orang ramai.

Dalam pada itu, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid turut memberikan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham melalui wakil Istana Kelantan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kubang Bemban Mukim Bechah Resak, Chabang Empat pada jam 11 pagi, Ahad.

Ends