Azalina fokus semak, pinda undang-undang 'lapuk'

Azalina (tengah) bersama (dari kanan) Datuk Seri Nancy Shukri yang dilantik Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli) dan Datuk Ewon Benedick (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan fokus utamanya adalah untuk menyemak semula undang-undang 'lapuk' dan membuat pindaan diperlukan agar relevan pada masa kini.

Sebagai contoh kata Ahli Parlimen Pengerang itu, termasuklah usaha pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya untuk memelihara kebebasan budi bicara Pendakwa Raya.

"Saya juga akan memastikan isu-isu berkaitan undang-undang dan reformasi institusi yang tertunggak, termasuk status kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu-ibu warganegara Malaysia, akan diteruskan.

"Jika perlu, undang-undang yang sedia ada dipinda untuk mengembalikan hak kesaksamaan kepada rakyat yang terpinggir mengikut lunas-lunas Perlembagaan Malaysia, dan yang tidak diberi layanan sama rata di negara kita," katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Sabtu.

Azalina dalam masa sama juga yakin dan percaya terdapat banyak cabaran yang bakal dihadapi oleh Kerajaan Perpaduan dalam mengharungi penggal yang akan datang dengan mengambil kira kesan pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun depan

Bagaimanapun, beliau amat mengharapkan kerjasama yang baik dengan semua wakil rakyat daripada pelbagai parti untuk menangani cabaran tersebut.

Sebentar tadi, Azalina yang merupakan antara 27 menteri selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kesemua jemaah menteri dipecahkan kepada enam kumpulan dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia tersebut.

Artikel Berkaitan:

Majlis angkat sumpah itu dimulakan dengan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai anggota kabinet baharu yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah.