Sila log masuk terlebih dahulu.

Undang-undang ketenteraan perlu digubal semula

14 Jun 2023 | Video Shorts
A
A
A
Undang-undang ketenteraan perlu digubal semula

Pengarah Operasi Konsortium Veteran ATM, Leftenan Kolonel (B) Jalil Ithnin berkata syarat-syarat perkhidmatan serta Undang-undang ketenteraan perlu dilihat semula.

Tegasnya, Malaysia boleh menggunakan sistem British di mana setiap lima tahun syarat-syarat perkhidmatan dan undang-undang dilihat semula berbanding Malaysia yang masih menggunakan undang-undang lama.

Ikuti perbincangan menarik di antara Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, Pengarah Operasi Konsortium Veteran ATM, Leftenan Kolonel (B) Jalil Ithnin dan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Kapten (B) Datuk Sharuddin Omar dalam Wacana Siri 401 yang bertajuk 'Membela Sosioekonomi Veteran Tentera' di semua platform digital Sinar Harian.

Video penuh: https://fb.watch/l87c6FqEYp/?mibextid=qC1gEa

#WacanaSinar #SinarHarian