Lelaki ditemui mati dalam kereta

Anggota polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta.
Anggota polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta berhampiran kedai cuci kenderaan di Sentul di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 3.17 petang.

"Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa berumur 56 tahun itu dalam keadaan terlentang di bahagian kerusi hadapan kereta.

"Siasatan mendapati sebatang paip telah disambungkan dari bahagian ekzos ke dalam kereta tersebut dan enjin dalam keadaan hidup," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, pemeriksaan ke atas mayat mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan ditemui.

"Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti sebab kematian.

"Setakat ini, pihak polis telah memanggil isteri mangsa bagi membantu siasatan berkaitan kejadian," katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan: