Abang sulung Noh meninggal dunia

Noh (depan, kanan) mengusung keranda membawa jenazah Hamzah yang meninggal dunia pada malam Khamis.
Noh (depan, kanan) mengusung keranda membawa jenazah Hamzah yang meninggal dunia pada malam Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Abang sulung kepada bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar meninggal dunia kerana masalah usus pada malam Khamis.

Allahyarham Hamzah Omar, 68, menghembuskan nafas terakhirnya jam 8.30 malam di rumah pusaka keluarga di Kampung Pinang, Sungai Burong Tanjong Karang di sini.

Noh berkata, anak sulung daripada 15 beradik itu menerima rawatan di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam pada jam 3 petang.

"Bagaimanapun, hospital meminta ahli keluarga membawa pulang abang saya yang mempunyai masalah usus ke rumah," katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Menurut Noh, semua urusan Allahyarham Hamzah dipermudahkan dan sempat berpesan supaya terus menjaga silaturahim dan ikatan kekeluargaan Haji Omar.

Sementara itu, Nurul Syazwani yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang berkata, khabar duka itu diketahui beliau ketika berkempen malam Khamis.

Beliau memberitahu, bapa saudara yang disapa 'Pak Long' itu amat rapat dan Allahyarham sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk beliau terus berkhidmat kepada rakyat.

"Saya amat rasai kehilangan arwah dan sentiasa mengingati pesanannya dan menyuntik semangat saya untuk menabur bakti di Tanjong Karang," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham Hamzah yang juga bekas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meninggalkan seorang isteri, dua anak dan seorang cucu.

Jenazah Allahyarham sebelum ini disembahyangkan di Madrasah Haji Omar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Dua, Sungai Burong jam 10.30 pagi Jumaat.