Galak anak muda pelihara alam sekitar

Ahmad Faizal (empat dari kiri) bersama isteri Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi (lima dari kiri) memberi sokongan terhadap usaha menyelamatkan alam sekitar.
Ahmad Faizal (empat dari kiri) bersama isteri Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi (lima dari kiri) memberi sokongan terhadap usaha menyelamatkan alam sekitar.
A
A
A

IPOH - Technology Park Malaysia menerusi NY Design (M) Sdn Bhd mempromosikan daya kreativiti mewujudkan produk mesra alam melalui pengajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sempena Karnival STEM Waves 2019, semalam.

Karnival anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) bersama Yayasan Pendidikan Kampar (YPK) itu berlangsung selama sehari di pekarangan Taman Tema Animasi Studio (MAPS) dan dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengarah Kreatif NY Design (M) Sdn Bhd, Aznin Yusof berkata, STEM banyak membantu pihaknya memulakan versi baharu modul pembelajaran kreatif dengan memastikan keseimbangan antara fungsi sains dan seni.

Sebahagian pengunjung yang menunjukkan tanda sokongan kepada usaha menjaga alam sekitar.
Sebahagian pengunjung yang menunjukkan tanda sokongan kepada usaha menjaga alam sekitar.

“Usaha dalam meningkatkan daya kreativiti melalui pengajaran bidang STEM membuatkan kami sedar bahawa elemen seni perlu ditambah.

“Bermula dengan dua konsep taman iaitu Taman Batu dan Taman Syurga di kawasan berhampiran surau, kini kami telah menghasilkan 13 konsep taman dan sedang mengusahakan beberapa lagi dengan sentuhan teknologi Internet-of-Things iaitu gabungan sains dan seni," katanya.

Aznin yang juga pengasas bagi program Green Pit Stop (GPS) berkongsi kesedaran akan keperluan menyelamatkan alam sekitar melalui konsep 3Rs (kurangkan, gunakan semula dan kitar semula) dengan menyasarkan generasi muda.

Artikel Berkaitan:

Aniz Adura ketika taklimat kerjaya dalam bidang sains dan teknologi.
Aniz Adura ketika taklimat kerjaya dalam bidang sains dan teknologi.

Menurutnya, berdasarkan kajian dibuat, mengubah pemikiran 10 peratus populasi kanak-kanak mampu memberi hasil positif ke arah menyokong kepentingan menjaga alam sekitar.

"Usia yang sesuai untuk mendidik kanak-kanak adalah antara usia tiga hingga tujuh tahun kerana pada lingkungan usia ini dapat mempercepat proses pembelajaran dan menerapkan amalan yang baik," katanya.

Syarikat yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu mengaplikasikan kreativiti dalam rekaan taman kitar semula yang mesra alam daripada barangan terpakai.

Antara produk mesra alam yang digunakan termasuklah tali gitar, panel kayu, porselin, buluh barangan elektronik atau gramophone lama.

Sebahagian pengunjung yang menunjukkan tanda sokongan kepada usaha menjaga alam sekitar.
Sebahagian pengunjung yang menunjukkan tanda sokongan kepada usaha menjaga alam sekitar.

Aznin ialah isteri kepada pemain gitar utama, Kid Search yang juga Duta GPS antara penceramah utama dijemput Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk Minggu Sains Negara yang diadakan di Pusat Sains Negara, baru-baru ini.

Sempena Karnival STEM Wave ini, Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepentingan Technology Park Malaysia, Aniz Adura Abdul Majid turut menyampaikan taklimat mengenai kerjaya dalam bidang sains dan teknologi.

Technology Park Malaysia selaku agensi kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan tekno dan usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.