Kes masalah mental meningkat ketika pasca Covid-19

Dr Izani ketika menjawab soalan Rohani pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Rabu.
Dr Izani ketika menjawab soalan Rohani pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Masalah mental dan kemurungan di negeri ini meningkat dalam tempoh pasca Covid-19 terutama melibatkan kes bunuh diri.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, di Malaysia, laporan Tinjauan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati bahawa prevalen gejala kemurungan dalam kalangan masyarakat dewasa Malaysia meningkat dari 1.8 peratus pada tahun 2011 kepada 2.3 peratus pada tahun 2019.

"Di Kelantan pula dalam kajian yang sama pada 2019 menunjukkan prevalen kemurungan ialah 1.2 peratus.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengambil maklum bahawa bunuh diri antara 10 penyebab utama kematian di dunia dan penyebab keempat kematian bagi mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun.

"Tingkah laku bunuh diri meliputi idea bunuh diri (suicidal ideation), rancangan bunuh diri (suicidal plan), cubaan bunuh diri (suicide attempt) dan kematian akibat tindakan bunuh diri," katanya ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (Tanjong Mas-Pas) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Rabu.

Beliau memaklumkan di Malaysia, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur antara 13 dan 17 tahun menunjukkan peningkatan tren iaitu prevalen idea bunuh diri adalah 10 peratus pada tahun 2017 berbanding 7.9 peratus pada tahun 2012.

Tambah beliau, sumber data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan ketara kejadian kematian akibat bunuh diri iaitu sebanyak 81 peratus kenaikan pada tahun 2021 (1,142 kes) berbanding tahun 2020 (631 kes).

"Bagi tahun 2022 pula, sejumlah 467 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh PDRM.

Artikel Berkaitan:

Menjawab soalan tambahan Mohd Syahbuddin Hashim (Galas-BN), beliau berkata, saringan kesihatan mental dilakukan sepanjang tahun bagi mengenal pasti individu yang menghadapi depresi.

"Masalah ini akan terus dirujuk untuk rawatan seterusnya dikaunseling selain menyediakan talian perkhidmatan psikiatri bagi membantu menyelesaikan masalah itu.

"Stigma dalam masyarakat seolah-olah kemurungan ialah penyakit gila dan anggapan itu perlu dielakkan dan pengurusan tekanan perlu penyelesaian penyelesaian pakar berkaitan

Menjawab soalan tambahan Rohani, beliau memberitahu, ramai golongan remaja juga menghadapi masalah mental dan ramai di antara mereka terlibat dengan dadah.

"Perkara paling asas ialah bermula dari rumah selain merujuk beberapa buku kaunseling dan motivasi," katanya.