Kesedaran rakyat terhadap demokrasi semakin tinggi

Khairul Ariffin ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Akhirnya Anwar PM Kerajaan Perpaduan' yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Khairul Ariffin ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Akhirnya Anwar PM Kerajaan Perpaduan' yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu menyaksikan keinginan rakyat untuk melibatkan diri dalam pentas demokrasi semakin tinggi.

Pengurus Kanan (Penyelidikan) Institut Darul Ehsan, Khairul Ariffin Mohd Anuar berkata, ia bersandarkan kepada 73 peratus atau 15 juta rakyat direkodkan keluar mengundi.

“Kita lihat ramai orang tua dan muda keluar mengundi sehingga sanggup beratur sampai tiga ke empat jam.

“Perkara itu dilihat berlaku semenjak 2018 lagi, jadi saya berpandangan rakyat telah ada kesedaran tentangnya,” katanya ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Akhirnya Anwar PM Kerajaan Perpaduan' yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Program yang dikendalikan oleh Fahiz Ariff itu turut menampilkan Ketua Pengarah Eksekutif Peneraju, Dr Mohd Muzzammil Ismail, bekas calon Pakatan Harapan (PH) Kuantan, Fuziah Salleh dan Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Kartini Aboo Talib sebagai panelis.

Dalam pada itu, ketika mengulas tentang masalah perpaduan dalam negara, Khairul Ariffin berkata, orang ramai sama ada ahli politik atau rakyat perlu dididik tentang nilai sebuah persefahaman.

Jelasnya, ia demi mewujudkan satu kehidupan yang lebih harmoni dalam kalangan rakyat dan tidak mudah berselisih disebabkan beberapa perbezaan terutama ketika berpolitik.

“Rakyat dan ahli politik kena belajar tentang erti sebuah kedamaian," katanya.

Artikel Berkaitan: