WhatsApp NREB lapor pembakaran terbuka

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MIRI - Orang awam diminta menghubungi talian WhatsApp 013-7595866 Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) untuk melaporkan dengan segera pembakaran terbuka yang berlaku di bandar raya Miri.

ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, selain daripada talian WhatsApp, orang awam boleh menghubungi talian hotline NREB 082-319543 untuk melaporkan kegiatan tersebut bagi mengelakkan jerebu berlaku di bandar raya Miri berikutan musim panas dan kering dialami sekarang.

"Orang awam boleh juga membuat laporan menerusi laman web iaitu www.nreb.gov.my," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata antara faktor dikenal pasti punca pembakaran terbuka berlaku di bandar raya ini ialah kerana sikap tidak bertanggungjawab individu yang membakar sampah hingga menyebabkan api merebak ke kawasan lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: