PRU15: Pertembungan sesama sendiri, pemimpin wanita makin kurang

Jumlah calon PRU15 mengikut jantina.
Jumlah calon PRU15 mengikut jantina.
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemantauan PRU15 (PantauPRU15) melahirkan rasa sedih dan kecewa apabila jumlah wanita yang diangkat sebagai pemimpin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) amat rendah berbanding pilihan raya sebelumnya.

PantauPRU15 dalam satu kenyataan berkata, PRU15 menyaksikan hanya 30 orang wanita iaitu sebanyak 13.5 peratus dipilih menjadi ahli Parlimen di seluruh negara.

Kenyataan itu berkata, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding PRU14 apabila 33 ahli Parlimen adalah golongan wanita dengan peratusan sebanyak 14.9 peratus.

"Pecahan mengikut gabungan dan parti adalah 15 orang daripada Pakatan Harapan (PH), sembilan orang daripada Perikatan Nasional (PN), lima orang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), tiga daripada BN serta satu daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan lain-lain.

"Sungguhpun terdapat peningkatan jumlah calon wanita yang bertanding adalah 127 orang dan melibatkan 103 kerusi yang ditandingi di peringkat Parlimen, namun hanya 23.6 peratus berjaya dipilih di 30 kerusi," katanya pada Selasa.

Rara merupakan calon anak muda bagi kerusi Pakatan Harapan di Parlimen Bentong.
Rara merupakan calon anak muda bagi kerusi Pakatan Harapan di Parlimen Bentong.

Kata kenyataan itu, terdapat beberapa faktor menyebabkan jumlah calon wanita semakin berkurangan dan pertamanya disebabkan pertembungan sesama sendiri.

"Sebanyak 43 orang calon wanita bertanding sesama sendiri di 19 kerusi, manakala pertembungan dua orang calon di 16 kerusi, sebanyak tiga orang calon di dua kerusi dan lima orang calon di satu kerusi.

Artikel Berkaitan:

"Menerusi pertembungan seumpama itu, ia sudah menyaksikan 24 orang calon wanita sudah kalah sejak pada hari penamaan calon lagi sekiranya seorang daripada mereka menang kerusi yang ditandingi," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, semakan seterusnya menunjukkan ramai calon wanita diletakkan di kerusi yang sukar dimenangi oleh parti diwakili mereka.

Calon muda PH di Mersing ada strategi sendiri untuk tarik sokongan pengundi
Calon muda PH di Mersing ada strategi sendiri untuk tarik sokongan pengundi

"Jelas banyak usaha lagi diperlukan untuk membuka peluang kepimpinan politik negara memihak kepada golongan wanita.

"Meskipun begitu calon wanita yang mencatat kemenangan pada PRU15 adalah mereka yang berbakat, berkaliber serta mempunyai rekod pencapaian baik.

"Semuanya berpotensi memberi sumbangan kepimpinan yang sangat baik dalam kerajaan yang bakal ditubuhkan," kata kenyataan itu.