SARA bulanan dikreditkan hari ini

KUALA LUMPUR - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bermula hari ini.
Kementerian Kewangan (MOF) menerusi hantaran di Instagram memaklumkan jumlah bantuan bagi kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah RM100 bagi setiap isi rumah manakala RM50 bagi warga emas dan bujang.
Bagi kategori penerima STR dan eKasih, bantuan dikreditkan sebanyak RM200 untuk isi rumah, manakala warga emas (RM150) dan bujang (RM100).
Menurut laman web rasmi sara.gov.my, penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
SARA merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup tinggi dan bertujuan meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2026. - Bernama
Ringkasan AI
- Sumbangan Asas Rahmah Bulanan telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak
- Jumlah bantuan bagi kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah adalah RM100 bagi isi rumah dan RM50 bagi warga emas dan bujang
- Penerima STR dan eKasih menerima RM200 untuk isi rumah, RM150 untuk warga emas, dan RM100 untuk bujang
- Barangan runcit asas boleh dibeli menggunakan MyKad di pasar raya atau kedai runcit terpilih
- SARA merupakan program bantuan bersasar untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan berikutan kos sara hidup tinggi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
