Pembantu tadbir didakwa pecah amanah lebih RM41,000

Nurul Syafiha (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Selasa atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang khiarat kematian berjumpa lebih RM41,000 empat tahun lalu.
Nurul Syafiha (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Selasa atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang khiarat kematian berjumpa lebih RM41,000 empat tahun lalu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pembantu tadbir yang bertugas di sebuah Felda di sini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Selasa atas satu pertuduhan pecah amanah berjumlah RM41,652.42, empat tahun lalu.

Nurul Syafiha Awang Za, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan hakim, Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Ibu kepada tiga anak itu didakwa sebagai individu yang diamanahkan Roslan Kamin dengan harta iaitu wang tunai RM41,652.42 bagi tujuan pembayaran khairat kematian kepada tujuh waris peneroka Felda Sungai Panching yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, Nurul Syafiha didakwa telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu secara tidak jujur telah menggunakan wang tersebut bagi kegunaan sendiri.

Perbuatan itu didakwa dilakukan olehnya di Pejabat Felda Panching Timur di sini, antara Februari 2018 hingga Jun 2019.

Nurul Syafiha didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika didapati bersalah.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalib menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan meminta pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Nurul Syafiha yang tidak diwakili peguam merayu jaminan minimum kerana perlu menanggung keluarga termasuk suami dan anak yang sakit.

Artikel Berkaitan:

"Suami saya tidak bekerja kerana baharu sahaja menjalani pembedahan dan kini saya penanggung tunggal kepada keluarga," rayunya.

Ahmad Zamzani membenarkan Nurul Syafiha dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan pasportnya diserah kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM Kuantan sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 22 Disember depan untuk sebutan semula kes.