Sila log masuk terlebih dahulu.

Pembantu tadbir didakwa 22 pertuduhan terima rasuah berjumlah RM18,363

A
A
A

BERITA SEMASA 24 MEI 2023

Seorang pembantu tadbir dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Seremban pada Rabu atas 22 pertuduhan menerima rasuah sebagai upah menawarkan kerja pembaikan kenderaan jabatan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson di dalam sistem e-Perolehan antara tahun 2018 hingga 2020, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh Norashikin Mohamed Hussin bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang ejen kerajaan Malaysia iaitu Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi ) Gred N19 yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson, telah secara rasuah bersetuju menerima suapan daripada seorang lelaki yang keseluruhan berjumlah RM18,363.

Ia sebagai upah kepada tertuduh kerana menawarkan kerja pembaikan kenderaan jabatan di dalam sistem e-Perolehan (Pelawaan Tawaran Harga) kepada syarikat yang diurus lelaki berkenaan.

Artikel: https://shorturl.at/egH58

Muzik: Elevate dari www.bensound.com