Hentikan aktiviti korek pasir

Norhizam menunjukkan sebuah projek perumahan di negeri ini yang didakwa menggunakan pasir laut yang dikorek dari kawasan Pantai Puteri.
Norhizam menunjukkan sebuah projek perumahan di negeri ini yang didakwa menggunakan pasir laut yang dikorek dari kawasan Pantai Puteri.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri mengambil keputusan drastik menghentikan serta-merta aktiviti mengorek pasir di kawasan Pantai Puteri yang dilakukan oleh sebuah syarikat swasta sejak enam bulan lalu.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee berkata, keputusan berkenaan telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) Rabu lalu dan jelas syarikat pengorekan pasir yang diluluskan pada tahun lalu telah melanggari beberapa syarat ditetapkan.

Menurutnya, menerusi intipan yang dilakukan pihaknya turut mendakwa syarikat berkenaan telah menjual pasir yang dikorek kepada syarikat projek perumahan di dalam daerah ini.

"Kita dapati syarikat tersebut telah melanggari dan menyalahgunakan permit yang diluluskan sejak November tahun lalu.

"Keputusan itu wajar dijadikan sebagai pengajaran kepada syarikat pengorekan pasir di negeri ini agar tidak mengambil kesempatan di atas peluang atau projek yang diberikan kerajaan negeri," katanya.

No Image Caption

Norhizam yang juga ADUN Pengkalan Batu berkata, beliau juga telah meminta Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) daerah mengeluarkan notis menghentikan operasi mengorek pasir di Sungai Rembau yang turut dipercayai telah merosakkan ekosistem sungai.

Menurutnya, syarikat terbabit telah menyalahgunakan permit yang diluluskan dan didakwa melakukan kerja-kerja mengorek pasir di kawasan yang tidak dibenarkan selain menyebabkan banyak sampah sarap di sungai berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Contohnya kita telah benarkan mereka mengorek pasir di kawasan A sahaja, namun disebabkan kawasan A telah kehabisan pasir, mereka melakukan aktiviti itu di kawasan B pula tanpa mendapat kebenaran.

"Malah saya juga difahamkan syarikat itu telah berjanji untuk membayar pampasan kepada nelayan yang terjejas, namun sehingga kini mereka tidak pun menyalurkan wang kepada persatuan nelayan terbabit," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian pernah menyiarkan mengenai aktiviti mengorek pasir di kawasan Melaka Tengah dan Sungai Rembau.

Sementara itu, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew yang dihubungi mengesahkan, beliau belum menerima sebarang laporan mahupun aduan berhubung isu syarikat perumahan di negeri ini yang menggunakan pasir laut dalam projek pembinaan mereka.

"Memang kita tidak benarkan ia berlaku, sedangkan seharusnya mereka menggunakan pasir sungai bagi projek perumahan dan bukannya pasir laut.

"Sekiranya ini berlaku, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana jika dibiarkan ia akan memberi kesan kepada rumah tersebut dalam tempoh jangka masa panjang," katanya.