PRU15: Pengundi muda tak kisah isu 1MDB, mata wang jatuh

Program Sinar Live bertajuk ‘Jangan Harap Pengundi Muda; menampilkan (dari kiri) moderator, Fahiz Ariff, Fakrunizam, Aishaton dan Ahmad Jufliz yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.
Program Sinar Live bertajuk ‘Jangan Harap Pengundi Muda; menampilkan (dari kiri) moderator, Fahiz Ariff, Fakrunizam, Aishaton dan Ahmad Jufliz yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengundi muda yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini tidak terlalu memikirkan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau nilai mata wang ringgit jatuh.

Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Lipis, Aishaton Abu Bakar sebaliknya berkata, di tempat yang ditandinginya pengundi muda lebih memikirkan tentang bagaimana mahu mencari kerja atau wang dan itu merupakan idea baharu yang ditawarkan oleh pihaknya kepada mereka.

"Kalau lihat di Lipis, kebanyakan anak muda keluar berhijrah mencari kerja sebab (di Lipis) tak ada peluang pekerjaan. Jadi, Lipis ini sudah menjadi bandar orang pencen, tak ada orang muda.

"Sebab kalau duduk di kampung boleh cari makan apa? Habis-habis minta dengan ibu bapa. Jadi, ramai anak muda keluar dan mereka (sebenarnya) mengharapkan seorang calon muda yang boleh membawa naratif baharu kepada mereka (tetapi) mereka rasa hampa.

"Sebab kebanyakan parti yang bertanding ini masih lagi mengekalkan calon-calon dah lama, yang kitar semula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Sinar Live dikendalikan oleh Fahiz Ariff yang bertajuk 'Jangan Harap Pengundi Muda' disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Turut menjadi panel ialah calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi Parlimen Sungai Buloh, Ahmad Jufliz Faiza dan calon Perikatan Nasional (PN), Parlimen Raub, Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim.

Parlimen Lipis menyaksikan pertandingan empat penjuru menyaksikan Aishaton bakal menentang Datuk Mohamad Sharum Osman (PN), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (PH) dan Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (BN).

Artikel Berkaitan:

Tambah Aishaton, dengan kemunculan Pejuang, ia juga memberi nafas baharu kerana menawarkan calon muda sepertinya bertanding di kawasan berkenaan.

"Dibandingkan dengan ketiga-tiga calon tersebut, saya lebih muda. Kalau kita lihat bahawa penawaran calon wanita juga agak kurang.

"Bila kita ada calon wanita (dan) calon yang lebih muda daripada semua calon, jadi mungkin naratif menarik pengundi-pengundi muda itu untuk mengundi kita," ujarnya.