Pengundi pos luar negara dakwa belum terima kertas undi

Antara ciapan Twitter dari rakyat Malaysia di luar negara berhubung kertas undi pos yang didakwa masih belum diterima.
Antara ciapan Twitter dari rakyat Malaysia di luar negara berhubung kertas undi pos yang didakwa masih belum diterima.
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa warganegara Malaysia yang berada di luar negara resah apabila mendakwa masih belum menerima kertas undi pos untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat Sabtu.

Lebih membimbangkan apabila ada di antara mereka hanya akan menerima kertas undi itu pada 19 November iaitu tarikh hari mengundi.

Sehubungan itu, mereka menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Menerusi ciapan di Twitter, Saifuddin Amri yang kini berada di Arab Saudi memberitahu, dia bakal menerima kertas undi pada 19 November 2022.

"Orang sudah habis pilihan raya, aku baru nak dapat kertas undi pos," katanya pada Jumaat.

Beliau mengetahui tentang kelewatan menerima kertas undi pos itu selepas mendapat mesej daripada sebuah syarikat perkhidmatan kurier.

Saifuddin Amri memaklumkan dia hanya akan menerima kertas undi pada 19 November 2022.
Saifuddin Amri memaklumkan dia hanya akan menerima kertas undi pada 19 November 2022.

Sementara itu, Dian Lee turut meluahkan rasa kecewa di laman Twitternya dengan mendakwa kertas undi masih belum keluar daripada Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Ramai pengundi di United Kingdom dan negara lain masih belum menerima kertas undi.

"Tinggal lima hari bekerja lagi untuk pilihan raya diadakan," katanya.

Seorang lagi pengguna Twitter, mingkuok yang berada di Morocco juga masih belum menerima kertas undi walaupun sudah lama mendapat kelulusan SPR.

Dalam masa sama, Muzi Abdul Rahman yang berada di Oman turut berkongsi mengenai perkara tersebut di ciapan Twitternya.

"Belum mendapat sebarang berita mengenai kertas undi saya," beritahunya.

Menerusi ciapan Twitter collin, dia kini berada di Sepanyol dan tidak menerima sebarang maklumat tentang status undi.

"Saya khuatir tidak akan dapat menggunakan hak saya untuk mengundi tahun ini kerana permasalahan tersebut," katanya.