PM akan rujuk SPR isu undi pos rakyat Malaysia di Singapura

Ismail Sabri menyantuni penduduk yang hadir pada program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru, Bera pada Selasa.
Ismail Sabri menyantuni penduduk yang hadir pada program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru, Bera pada Selasa.
A
A
A

BERA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kemudahan undi pos kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Menurut Ismail Sabri, tidak timbul isu mereka tidak dapat balik untuk mengundi sekiranya mereka boleh mengundi secara pos.

"Saya kena periksa dulu kerana saya difahamkan mereka boleh mengundi secara pos. Saya difahamkan kalau undi pos mereka tak perlu balik.

"Tetapi sebenarnya kalau dulu mereka kena balik mengundi kerana saya tahu pengundi di Bera dari Triang ramai kerja di Singapura, dulu mereka balik (mengundi).

"Cuma betul atau tidak, kena periksa dulu dengan SPR. Sepatutnya antara Singapura dan Malaysia seperti di Johor, tak ada beza, sempadan negara sahaja berbeza sepatutnya boleh balik.

Ismail Sabri berucap di hadapan penduduk sempena program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru, Bera pada Selasa.
Ismail Sabri berucap di hadapan penduduk sempena program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru, Bera pada Selasa.

"Kalau di Brunei, yang mengundi di Miri, Limbang, Lawas mereka boleh balik melalui kereta, saya tak tahu betul tak betul mereka boleh undi pos. Kalau undi pos ini satu perkara baru banding dahulu yang kena naik pesawat, ia perkara sukar," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru di sini pada Selasa.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan terdapat pengundi yang bekerja di Singapura tidak dapat pulang kerana kekangan masa dan kewangan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan cuti khas dan bayaran gaji awal kepada penjawat awam antara inisiatif yang mungkin dilaksanakan bagi kemudahan pengundi kali ini.

"Kita kaji (kemudahan kepada pengundi) daripada mula bubar dan sudah bincang perkara itu cuma 'timing'. Insya-ALLAH ada pengumuman penting mungkin banyak lagi. Kita tunggu lah kot ada pengumuman daripada saya," tambah beliau.