Lebih 200 mangsa banjir Kelantan ditempatkan di empat PPS

Penduduk kampung, Laila Mohd Nor, 38, (kanan) sedang menimbang ikan untuk dijual kepada Salmah Che Husin, 63, (kiri) selepas memasang jaring pukat di kawasan kediamannya yang digenangi air ketika tinjauan di Kampung Tersang, Rantau Panjang pada Ahad. - Foto Bernama

A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 207 mangsa banjir daripada 45 keluarga di Kelantan ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pasir Mas dan Gua Musang setakat 3 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kelantan memaklumkan, kesemua mangsa banjir tersebut ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, di Pasir Mas, manakala di Gua Musang membabitkan PPS SK Jeram Tekoh, Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7 dan SK Limau Kasturi (satu).

Sementara itu, mengikut laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ dua sungai di negeri ini merekodkan bacaan melepasi paras waspada dengan trend menaik.

Dua lokasi terlibat ialah Sungai Kelantan di Kuala Krai pada bacaan 20.4 meter (waspada 20m), dan Kampung Temangan, Machang 14.2m (waspada 14m). - Bernama

Artikel Berkaitan: