Video dedikasi khas tokoh wartawan Indonesia buat PM

Asro Kamal (kanan) sewaktu bersama Ismail Sabri dalam satu pertemuan pada Mei lalu. - Foto Tangkap layar daripada video Asro Kamal
Asro Kamal (kanan) sewaktu bersama Ismail Sabri dalam satu pertemuan pada Mei lalu. - Foto Tangkap layar daripada video Asro Kamal
A
A
A

SHAH ALAM - Tokoh wartawan Indonesia, Asro Kamal Rokan membuat video dedikasi khas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan berkongsi pengalaman dan pandangannya terhadap pemimpin utama Malaysia itu.

Ia berdasarkan pertemuan Ismail bersama 15 pimpinan media Indonesia dan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia dalam beberapa program di negara ini pada Mei lalu.

Asro Kamal yang juga Ketua ISWAMI Indonesia, berkongsi perspektifnya terhadap Ismail dan menyifatkan Ahli Parlimen Bera itu seorang yang merendah diri dan bersahaja, mungkin disebabkan cara didikannya.

“Datang dari keluarga penoreh getah dan kini bergelar perdana menteri, beliau adalah seorang pendengar dan pembicara yang baik, sehingga terasa akrab dan nyaman (selesa).

“Kami menghadiri jamuan makan tengah hari bersamanya di Perdana Putra pada 10 Mei lalu. Apabila masuk ke dewan makan, beliau tidak terus duduk sebaliknya datang berjalan dan menemui tetamunya.

Ismail (dua dari kanan) menandatangani buku untuk wartawan Indonesia dalam satu pertemuan.- Foto Tangkap layar daripada video Asto Kamal
Ismail (dua dari kanan) menandatangani buku untuk wartawan Indonesia dalam satu pertemuan.- Foto Tangkap layar daripada video Asto Kamal

“Selepas makan, kami dihadiahkan buku ‘Ismail Sabri Yaakob Teraju Keselamatan: Depani Ancaman Covid-19’. Beliau menandatangani buku itu satu per satu untuk kami (tetamunya),” kongsinya dalam video dedikasi itu di Youtube Asro Channel.

Beliau turut berkongsi pengalaman dijamu durian di Perdana Putra dan menyatakan rasa kagumnya apabila Ismail dengan bersahaja meminum air daripada pangsa durian.

Artikel Berkaitan:

Perdana menteri juga disifatkan mempunyai karakter yang tenang dan matang, sekali gus memimpin Malaysia dalam suasana yang tenang dan stabil setelah beberapa kali bertukar kerajaan.

“Beliau juga mempopularkan Keluarga Malaysia iaitu frasa inklusif melintasi batas agama, bangsa dan suku.

“Tiba saatnya kami berpisah, Ismail menyelami kami dengan erat, akrab dan bersahabat. Bagaikan berpisah dengan keluarga yang sudah lama tidak bersua,” jelasnya.