PBM gerak solo PRU15, tanding 6 Parlimen, 1 DUN

Zuraida (tengah) ketika sidang media Parti Gabungan Malaysia (PBM) pada Ahad.
Zuraida (tengah) ketika sidang media Parti Gabungan Malaysia (PBM) pada Ahad.
A
A
A

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bertanding secara solo dan tidak bergabung dengan mana-mana parti gabungan.

Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, PBM akan bertanding di enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, hasrat untuk bekerjasama dengan BN tidak dapat direalisasi susulan terdapat tuntutan perkara yang tidak dapat dipenuhi.

"Terdapat terma dan syarat yang kita tak boleh dipenuhi menyebabkan kami mengambil keputusan bergerak secara solo menggunakan logo dan bendera PBM," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PBM di Ukay Perdana di sini pada Ahad.

Pada sidang akhbar tersebut, beliau turut memberitahu bahawa segala isu berbangkit mengenai PBM akan diselesaikan secara dalaman sebelum 5 November 2022.

"Soal (status) Presiden PBM, keahlian digantung semua akan dibincangkan secara dalaman dan diselesaikan sebelum hari penamaan calon.

"Kita akan bersama-sama menyelesaikan segala masalah secara dalaman, " katanya.

PBM dilanda krisis dalaman selepas penyandang Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng mengisytiharkan dirinya masih Presiden parti itu.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan Larry masih lagi Presiden PBM berdasarkan rekod yang ada di jabatan itu.

Khamis lalu, Larry mengumumkan penggantungan keahlian Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Disusuli Sabtu lalu, Larry turut menggantung 13 Ahli Majlis Tertinggi PBM iaitu Zuraida; Haniza; Dr Daroyah Alwi; Rahimah Majid; Dr Sathiskumar Govindaraju; Muhammad Saiful Bahari Sahari; Na'im Brundage; Abdul Aziz Abdul Kadir; Zakaria Abdul Rahim; Muniraa Abu Bakar; Datuk Chua Lian Chye; Datuk Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.