20 pondan ditahan di pesta Halloween

Seramai 20 lelaki berperwatakan wanita ditahan semasa sedang berhibur di sebuah pesta Halloween.
Seramai 20 lelaki berperwatakan wanita ditahan semasa sedang berhibur di sebuah pesta Halloween.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 20 lelaki berperwatakan wanita yang sedang berhibur sempena pesta Halloween ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah kelab malam di Jalan Sultan, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan itu dijalankan menerusi Op Bersepadu bermula jam 10 malam bersama JAWI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Seramai 62 warga tempatan iaitu 53 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 19 hingga 57 tahun telah diperiksa.

"Seramai 20 lelaki tempatan berusia lingkungan 22 ke 34 tahun telah dibawa balik Bahagian Penguat Kuasa JAWI kerana di samping berpakaian wanita mereka juga berlagak seperti wanita," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noor Dellhan berkata, kesemua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan sama ada pesta berkenaan ada melibatkan kegiatan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

Op Bersepadu itu dijalankan bersama JAWI dan DBKL di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.
Op Bersepadu itu dijalankan bersama JAWI dan DBKL di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan dua lelaki tempatan berusia 27 dan 29 tahun ditahan kerana didapati positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Pihak polis akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan serta membuat pemantauan ke atas aktiviti kelab yang jelas melanggar undang-undang," ujar beliau.