Tidak boleh ceramah politik di masjid, surau

Mohd Fared (kiri), menandatangani plak di surau berkenaan sebagai simbolik perasmiannya pada Isnin.
Mohd Fared (kiri), menandatangani plak di surau berkenaan sebagai simbolik perasmiannya pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Semua pihak terutamanya parti-parti politik tidak dibenarkan untuk berceramah (berkempen) di masjid dan surau di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid yang tidak mahu kesucian masjid sebagai tempat ibadat dan aktiviti masyarakat dicemari.

"Jangan berceramah politik di masjid dan surau... kita tidak mahu perkara ini berlaku kerana kita raikan masjid sebagai tempat ibadat dan aktiviti masyarakat dan ini jelas.

“Siapa (pihak) yang ada kecenderungan ke arah itu (ceramah, kempen politik), ia tidak bagus dan saya akan pastikan pegawai kita bergerak ke seluruh daerah ban berikan nasihat agar perkara ini tidak berlaku.

“Yang boleh berucap di masjid, surau ni dua orang sahaja..Menteri Besar dan Exco Hal Ehwal Agama sahaja..itu pun ucapan atas dasar-dasar negeri dan tak boleh ceramah politik dan kita dah buat ketetapan perkara ini bukan hanya untuk PRU tetapi untuk sepanjang tahun (masa),” katanya.

Mohd Fared berkata demikian pada sidang media setelah menyempurnakan perasmian Surau Al-Husna, Taman Desa Rahmat, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Mohd Fared turut menegaskan hanya penceramah terutamanya penceramah luar yang diberikan tauliah oleh Kerajaan Negeri Johor sahaja yang dibenarkan untuk berceramah di negeri berkenaan.

Katanya, perkara perkenaan adalah bagi memastikan penceramah berkenaan benar-benar menyampaikan ceramah dan bukan untuk tujuan lain.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga akan tapis, sebelum ini ada berlaku dia (penceramah) datang untuk ceramah Maulidur Rasul, kita dah bagi tauliah tapi jadi ceramah lain, iaitu motivasi keluarga, motivasi pekerjaan.

“Oleh kita harap perkara seperti ini tidak berulang lagi kerana setinggi mana pun ilmu yang dimiliki, sudah pasti ia menuntut untuk menghormati syarat-syarat atau peraturan yang ditetapkan,” katanya.