Bekas menteri Bolivia mengaku salah cuci duit rasuah

Arturo Murillo - Foto: AFP
Arturo Murillo - Foto: AFP
A
A
A

WASHINGTON - Seorang bekas menteri kabinet Bolivia mengaku bersalah pada Khamis atas tuduhan bersubahat untuk mencuci rasuah daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat (AS), kata Jabatan Kehakiman AS.

Bekas menteri itu, Arturo Murillo, 58, menerima sekurang-kurangnya AS$532,000 (RM2.5 juta) sebagai bayaran rasuah daripada syarikat itu.

Ia adalah sebagai pertukaran kerana membantunya memenangi kontrak sebanyak AS$5.6 juta (RM26.53 juta) untuk menyediakan gas pemedih mata dan peralatan lain kepada Kementerian Pertahanan Bolivia, kata Jabatan Kehakiman tersebut.

Murillo berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan sementara sayap Jeanine Anez yang mengambil alih kerajaan Bolivia pada 2019 selepas penyingkiran Evo Morales iaitu Presiden pertama daripada msyarakat pribumi negara itu.

Empat konspirator bersama menyertai Murillo dalam mencucian wang rasuah melalui bank AS, termasuk satu di Miami di mana Murillo menerima bayaran tunai sebanyak AS$130,000 (RM615,810), kata Jabatan Kehakiman.

Murillo berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Empat konspirator bersama, Sergio Rodrigo Mendez, Luis Berkman, Bryan Berkman dan Philip Lichtenfeld, mengaku bersalah tahun lalu atas peranan mereka dalam skim itu.

Mereka telah dikenakan hukuman penjara antara 26 bulan hingga 42 bulan. - AFP

Artikel Berkaitan: