Sila log masuk terlebih dahulu.

Duda OKU mengaku bersalah miliki senjata api, dadah, cuba tembak polis

A
A
A

BERITA SEMASA 18 MEI 2023

Seorang lelaki kelainan upaya (OKU), mengaku bersalah di Mahkamah Kota Tinggi pada Khamis atas tujuh pertuduhan memiliki senjata api, dadah termasuk melepaskan tembakan terhadap polis, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh, Muhammad Firdaus Paiman membuat pengakuan berkenaan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Sazlina Shafie dan Majistret Rashidah Baharom.

Di Mahkamah Sesyen, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi dan Ahmad Khairuddin Khalid mengendalikan kes di Mahkamah Majistret sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Mahkamah Sesyen, Sazlina Safie kemudiannya menetapkan tarikh 15 Jun 2023 bagi sebutan semula kes dan penghakiman sementara menunggu laporan kimia.

Majistret Rashidah Baharom pula menetapkan 6 Julai 2023 untuk sebutan semula di Mahkamah Majistret Pengerang.

Artikel: https://bit.ly/41M3VDw

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian