JKM rekod 256 kes penderaan kanak-kanak di Pahang

Suryani (tiga dari kanan) majlis perasmian kempen membenteras jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak di sebuah pusat membeli belah di sini.
Suryani (tiga dari kanan) majlis perasmian kempen membenteras jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak di sebuah pusat membeli belah di sini.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 256 kes penderaan kanak-kanak di Pahang dalam tempoh 10 bulan, tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Dua JKM Pahang, Suryani Mohamad berkata, daripada jumlah itu kes penderaan seksual direkodkan 140 kes membabitkan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

"Sebanyak 76 kes adalah penderaan fizikal, menyebabkan kecederaan anggota badan kanak-kanak sehingga terpaksa mendapat rawatan di hospital dan klinik kerajaan dan selebihnya iaitu sebanyak 40 kes membabitkan penderaan emosi kanak-kanak.

"Pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kes penderaan terhadap kanak-kanak, antaranya kesempitan hidup, sikap panas baran ahli keluarga dan tekanan," katanya.

"Jadi, kita memberi perhatian serius terhadap kes penderaan terhadap kanak-kanak, pelbagai usaha dilakukan bagi membendung perbuatan tidak bertanggungjawab itu," katanya pada majlis perasmian kempen membanteras jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak di sebuah pusat membeli-belah di sini.

Program berkenaan disertai lebih 100 kanak-kanak, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Polis Diraja Malaysia (PDRM), penjaga dan masyarakat.

Suryani menjelaskan Kuantan mencatat kes tertinggi kes penderaan sebanyak 136 kes diikuti Temerloh sebanyak 35 kes, Pekan (25 kes), Maran (12), Bera (10), Jerantut (9), Raub (8), Lipis (7), Cameron Highlands (7) dan Bentong (4).

Tambahnya, kesedaran sentiasa diberi dalam kalangan kanak-kanak supaya mereka dapat memberi kerjasama dengan memberi maklumat sekiranya mereka didera oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

Tegas beliau, kerjasama daripada masyarakat termasuk guru juga amat diperlukan bagi membendung kes penderaan daripada terus berlaku.

"Salurkan maklumat kepada JKM daerah dan negeri selain terus kepada PDRM, jika mengetahui adanya kes penderaan," kata Suryani lagi.