Kejohanan Ragbi Piala Agong mungkin tukar tarikh

Fahmy
Fahmy
A
A
A

KEJOHANAN Ragbi Piala Agong yang dijadualkan bermula 22 Oktober hingga 26 November berkemungkinan akan ditukar ke tarikh lain susulan pengumuman pembubaran Parlimen pada Isnin.

Pengarah Kejohanan Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia (MR), Fahmy Jalil berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira persiapan pasukan terutamanya pasukan beruniform yang terlibat dengan persiapan pilihan raya akan.

“Lembaga Pertandingan MR akan mengkaji semula tarikh perlawanan Piala Agong 2022 selepas mengambil kira makluman tarikh daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Makluman berkaitan kejohanan Piala Agong akan dikongsi dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, MR mengumumkan Kejohanan Ragbi Piala Agong yang berehat selama dua tahun gara-gara Covid-19 bakal kembali dilangsungkan pada 22 Oktober hingga 26 November ini.

Sebanyak 16 pasukan akan menyertai kejohanan kali ini dengan mereka dibahagikan kepada empat kumpulan.

Kumpulan A dibarisi Terengganu, Melaka Kedah dan Johor manakala Kumpulan B pula menyaksikan Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal bersaing merebut slot untuk peringkat seterusnya.

Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Sarawak berada dalam Kumpulan C dan Kumpulan D dibarisi Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kelantan dan Perlis.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, Terengganu muncul juara pada edisi 2019 selepas menewaskan Sabah dalam aksi final.