50 pasukan berentap Kejuaraan Ragbi 7s Kebangsaan

Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya (tengah) bersama wakil pasukan yang menyahut cabaran Kejuaraan Ragbi 7s Kebangsaan yang bakal menyingkap tirai di Ipoh, Perak pada 21 hingga 23 Julai ini pada Selasa.
Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya (tengah) bersama wakil pasukan yang menyahut cabaran Kejuaraan Ragbi 7s Kebangsaan yang bakal menyingkap tirai di Ipoh, Perak pada 21 hingga 23 Julai ini pada Selasa.
A
A
A

50 pasukan bakal berentap dalam Kejuaraan Ragbi Tujuh Sebelah (7s) Kebangsaan yang bakal menyingkap tirai di Ipoh, Perak pada 21 hingga 23 Julai ini.

Menurut Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmy Jalil, kejuaraan kali ini melibatkan 800 pemain dan pegawai berlangsung di dua venue di Stadium Ragbi Perak dan Kem Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Katanya, kejohanan ini mengekalkan empat kategori yang akan dipertandingkan iaitu Lelaki Terbuka (15 pasukan), Wanita Terbuka (10 pasukan), Lelaki Bawah 20 Tahun (14 pasukan) dan Wanita Bawah 20 Tahun (11 pasukan).

“Format kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini akan dijalankan dalam dua pusingan iaitu pusingan awal bagi peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati untuk peringkat suku akhir ke atas,” katanya pada Selasa.

Jelas Fahmy, objektif utama penganjuran kejohanan ini adalah bagi menyediakan platform kepada pasukan yang bertanding beraksi secara lebih kompetitif di peringkat tertinggi.

“KRM berharap penganjuran pada tahun ini menjadi serampang dua mata untuk melahirkan bakat - bakat baharu yang berpotensi dan sebagai medan pemilihan pemain ragbi wanita untuk pasukan tujuh sebelah kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Siri Asia 2023 nanti,” katanya.

Sebagai rekod, KRM memperuntukkan geran RM 1,000 kepada setiap pasukan bertanding dan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan badan induk itu untuk geran tersebut adalah sebanyak RM50,000.

Bagi wang hadiah kemenangan, KRM menyediakan hampir RM 30,000 kepada para pemenang.

Malah bagi memberi impak pada kejohanan tahun ini, KRM membenarkan para pemain pasukan Bungaraya Lelaki 7S beraksi untuk negeri masing-masing.

Kejuaraan Ragbi Tujuh Sebelah (7s) Kebangsaan 2023

> LELAKI TEBUKA

JOHOR

TERENGGANU

KEDAH

SARAWAK

PAHANG

KELANTAN

PULAU PINANG

PERAK

PUTRAJAYA

SELANGOR

NEGERI SEMBILAN

PDRM

ATM

SABAH

PERLIS

> WANITA TERBUKA

JOHOR

TERENGGANU

SARAWAK

LABUAN

PERAK

SELANGOR

ATM

PULAU PINANG

PDRM

SABAH

> LELAKI B20

JOHOR

TERENGGANU

KEDAH

SARAWAK

PAHANG

KELANTAN

PULAU PINANG

MELAKA

PERAK

PUTRAJAYA

SELANGOR

NEGERI SEMBILAN

PERLIS

KUALA LUMPUR

> WANITA B20

JOHOR

TERENGGANU

SARAWAK

PAHANG

KELANTAN

PULAU PINANG

MELAKA

LABUAN

SELANGOR

NEGERI SEMBILAN

SABAH