Ragbi Piala Agong 2022 tampil kelainan

Terengganu juara Piala Agong 2019.
Terengganu juara Piala Agong 2019.
A
A
A

KEJUARAAN Ragbi Piala Agong 2022 menampilkan kelainan apabila perlawanan peringkat kumpulan akan melibatkan beberapa venue terpilih di seluruh negara.

Begitu jaminan Setiausaha Agong Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Amrul Hazarin Hamidon yang percaya pendekatan tersebut akan menyemarakkan lagi kejuaraan edisi ke-37 yang kali terakhir dianjurkan pada 2019.

Katanya, kejuaraan Piala Agong sebelum ini terpaksa dibatalkan dalam tempoh dua tahun berikutan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perlawanan bagi peringkat kumpulan akan dijalankan di seluruh negeri yang telah dipilih sebagai tuan rumah.

“Ini membolehkan komuniti ragbi hadir menyaksikan perlawanan kali ini diadakan di utara, pantai timur, selatan dan di kepulauan Borneo,” katanya kepada Sukan Sinar.

Kejuaraan itu dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober hingga 26 November membabitkan 16 pasukan yang dibahagi kepada empat kumpulan.

Juara edisi 2019, Terengganu, Melaka Kedah dan Johor diundi dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B pula Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kumpulan C pula Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Sarawak manakala Kumpulan D dibarisi Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kelantan dan Perlis.

Artikel Berkaitan: