Sila log masuk terlebih dahulu.

Peminat tegar kongsi 768 helai nota My #QuranTime

Abdul Rahman
Abdul Rahman
A
A
A

PUTRAJAYA - Peserta yang hadir ke Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 teruja berkongsi nota yang dicatatkan dalam program My #QuranTime bermula episod satu hingga akhir pada Jumaat lalu.

Abdul Rahman Juri berkata, beliau dan isterinya akan mencatat segala perkongsian tadabbur yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail setiap hari program itu bersiaran.

"Alhamdulillah kami berjaya menyiapkan catatan daripada episod satu sehinggalah 768 helai nota hari ini.

"Kami akan duduk bersama, masing-masing mencatat nota dan gabungkan dalam satu fail.

"Fazrul sendiri minta kami datang sini dan bawa nota dan kongsikan pengalaman kami berinteraksi dengan al-Quran sepanjang dua tahun setengah.

"Bagi kami suami isteri ini ialah kaedah untuk memastikan apa yang kami dengar dan lihat dapat diingati dan difahami, sebab itu kami jadikan nota ini sebagai satu dokumen dan panduan untuk orang lain turut membacanya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di sini pada Sabtu.

Ismail Munir (kiri) bergambar bersama Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Putrajaya pada Sabtu.
Ismail Munir (kiri) bergambar bersama Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Putrajaya pada Sabtu.

Bekas pesara guru bahasa Melayu itu berkata, teknik tersebut lebih memudahkan orang ramai untuk mengingat semula ilmu yang disampaikan.

Artikel Berkaitan:

"Daya ingatan kita tidak kuat. Jika tidak catat, jangankan tiga minggu, esok pun kita boleh lupa," ujarnya.

Sementara itu, Ismail Munir Mohd Noor berkata, teknik menulis nota yang dihasilkannya dapat memahirkan dirinya dalam penulisan jawi, di samping memahami setiap muka surat al-Quran dengan lebih baik.

"Setiap kali selepas tadabbur, saya akan terus tulis untuk rujukan, jadi tidak ada istilah terbeban untuk saya hasilkannya," jelasnya.