[VIDEO] UMNO-BN kemuka nama calon bermula Isnin ini: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid bercakap pada sidang media selepas perjumpaan khas Ketua Bahagian UMNO bersama Presiden Parti dan Perdana Menteri di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia pada Selasa. - Foto Bernama
Ahmad Zahid bercakap pada sidang media selepas perjumpaan khas Ketua Bahagian UMNO bersama Presiden Parti dan Perdana Menteri di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi UMNO setiap negeri akan mula mengemukakan nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen masing-masing bermula Isnin ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nama-nama itu akan diteliti oleh majlis tertinggi parti atau ‘Top 5’.

Beliau berkata, calon-calon yang ditetapkan itu juga perlu memenuhi tiga kriteria utama 'wali' iaitu boleh menang (winnability), diterima (acceptibility) dan disukai (likeability).

“Siapa sahaja memenuhi tiga kriteria ini akan menjadi calon UMNO yang mewakili BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sebaik selesai Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Selasa.

Tambahnya, perkara tersebut antara amanat disampaikan dalam perjumpaan bersama pimpinan UMNO bahagian yang berlangsung kira-kira sejam pada Selasa selain kesiapsiagaan parti untuk menghadapi PRU15 kelak.

Beliau berkata, ia berikutan pembubaran Parlimen akan ditetapkan setelah Perdana Menteri menghadap dan menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada Selasa, WTC KL sekali lagi menjadi tumpuan susulan Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Sabri Yaakob.

Artikel Berkaitan:

Perjumpaan khas yang berlangsung kira-kira sejam itu juga turut melibatkan semua ketua bahagian, ketua wanita, pergerakan pemuda dan puteri parti itu.

Mesyuarat itu dipercayai bagi membincangkan mengenai tarikh pelaksanaan PRU15.