[VIDEO] PRU15: UMNO, Pas mungkin bekerjasama

Jamal
Jamal
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO berkemungkinan akan meneruskan kerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan, Ketua Komunikasi BN Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

"(Perjumpaan) tentang persediaan untuk pilihan raya sahaja.

"Pembubaran (Parlimen) belum diumumkan tapi secepat mungkin.

"Selain itu, mungkin kerjasama dengan Pas (dalam PRU15). Itu yang akar umbi mahukan..supaya Muafakat Nasional (MN) menghadapi pilihan raya (bersama),"katanya ketika ditemui selepas Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas inti pati amanat Ahmad Zahid dan Ismail Sabri dalam perjumpaan tertutup itu.

Perjumpaan bermula jam 3 petang itu melibatkan ketua bahagian, ketua wanita, pergerakan pemuda dan puteri parti itu serta berlangsung selama sejam.

Artikel Berkaitan: