'PM minta semua bersiap sedia'

Ahmad Shabery
Ahmad Shabery
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua jentera UMNO bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka bila-bila masa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, gesaan itu dibuat Ismail Sabri dalam perjumpaan khas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Selasa.

“Beliau (Perdana Menteri) minta supaya semua (jentera UMNO) bersiap sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan.

“Insya-ALLAH daripada semangat yang ditunjukkan itu kami bersiap sedia untuk hadapi kemungkinan pilihan raya diadakan bila-bila masa,” katanya ketika ditemui sebaik selesai perjumpaan berkenaan.

Pada Selasa, WTC KL sekali lagi menjadi tumpuan susulan Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Sabri Yaakob.

Perjumpaan khas yang berlangsung kira-kira sejam itu juga turut melibatkan semua ketua bahagian, ketua wanita, pergerakan pemuda dan puteri parti itu.

Mesyuarat itu dipercayai akan membincangkan mengenai tarikh pelaksanaan PRU15.

Artikel Berkaitan: