Datuk K beri keterangan kes Ahmad Zahid

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.46 pagi Isnin.
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.46 pagi Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Suami penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hadir di Mahkamah Tinggi di sini pada jam 8.46 pagi Isnin untuk memberi keterangan sebagai saksi pembelaan bagi pihak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Khalid yang lebih dikenali sebagai Datuk K, hadir dengan memakai kot berwarna hitam bersama seorang lagi individu.

Ahmad Zahid, 70, dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa atas 12 pertuduhan pecah amanah iaitu menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu dan didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini di antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.

Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan: