Kes rasuah: Bekas ketua gudang logistik direman empat hari

Anggota SPRM membawa suspek (tengah) ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman berhubung kes rasuah pada Selasa.
Anggota SPRM membawa suspek (tengah) ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman berhubung kes rasuah pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang bekas ketua gudang syarikat logistik direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa berhubung kes rasuah membantu mempercepatkan pembayaran tuntutan, bermula 2019 hingga 2021.

Majistret Mohamed Redza Azhar Razali mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki yang berusia 39 tahun itu dibawa ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren direman sehingga Jumaat ini.

Reman dikeluarkan bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan daripada pemilik sebuah syarikat berhubung pembayaran tuntutan, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Turut hadir dalam prosiding ini ialah pegawai penyiasat kes, Penguasa Aashwani Radha Krishnan dan suspek diwakili peguam bela Zura Ishak & Co.

Artikel Berkaitan: