Korea Utara lancar peluru berpandu melepasi Jepun

Orang ramai menonton laporan TV mengenai pelancaran peluru berpandu balistik jarak perantaraan (IRBM) Korea Utara ke lautan Pasifik melepasi Jepun pada Selasa. - Foto EPA
Orang ramai menonton laporan TV mengenai pelancaran peluru berpandu balistik jarak perantaraan (IRBM) Korea Utara ke lautan Pasifik melepasi Jepun pada Selasa. - Foto EPA
A
A
A

SEOUL - Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana (IRBM) melepasi Jepun pada Selasa, lapor Yonhap.

Pelancaran IRBM itu merupakan kali pertama dalam tempoh lapan bulan, sejak kali terakhir Pyongyang melancarkan IRBM pada Januari, menurut tentera Korea Selatan.

Ketua Markas Bersama (JCS) berkata, pihaknya mengesan sebuah peluru berpandu dilancarkan dari Mupyong-ri di wilayah utara Jagang pada 7.23 pagi waktu tempatan sejauh 4,500 kilometer (km) pada kelajuan tertinggi Mach 17 (17 kali kelajuan bunyi).

Peluru berpandu itu dilaporkan terbang melepasi Jepun, dan pihak berkuasa perisikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat sedang menjalankan analisis terperinci bagi mengesahkan butiran lanjut akan peluru berpandu itu.

Peluru berpandu jenis 12 Hwasong terbang sejauh 800km pada ketinggian 2,000km, menurut laporan itu.

"Siri provokasi peluru berpandu balistik Korea Utara akan mengukuhkan lagi keupayaan tindak balas Korea Selatan-AS dan hanya membuatkan Korea Utara terasing daripada masyarakat antarabangsa," menurut kenyataaan media JCS.

Ia juga mengecam pelancaran peluru berpandu itu serta menyifatkannya sebagai tindakan provokasi yang menjejaskan keamanan dan kestabilan bukan sahaja di Semenanjung Korea tetapi juga melibatkan masyarakat antarabangsa, serta dengan "jelas" melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tidak lama selepas pelancaran itu, Pengerusi JCS Jen. Kim Seung-kyum dan Jen. Paul LaCamera, komander Komando Angkatan Gabungan Korea Selatan-AS, mengadakan rundingan secara maya dan mengesahkan bahawa mereka akan mengukuhkan gabungan pertahanan membabitkan sekutu daripada "ancaman dan provokasi Korea Utara," menurut JCS.

Artikel Berkaitan:

Menurut Yonhap, serangan terbaharu itu berlaku selepas Seoul dan Washington menamatkan latihan tentera laut mereka, yang melibatkan kapal induk USS Ronald Reagan, dan latihan anti kapal selam selama tiga hala dengan Jepun minggu lalu.

Korea Selatan, AS dan Jepun telah memperkukuh penyelarasan keselamatan dua hala dan tiga hala di tengah-tengah kebimbangan Korea Utara boleh meningkatkan ketegangan dengan menjalankan ujian nuklear atau tindakan provokatif lain. - Bernama