AS dakwa Korea Utara uji teknologi peluru berpandu balistik

Gambar Fail Reuters
Gambar Fail Reuters
A
A
A

SEOUL - Kerajaan Amerika Syarika (AS)t mengecam sekeras-kerasnya pelancaran roket berbilang Korea Utara menggunakan teknologi peluru berpandu balistik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Pelancaran itu melibatkan teknologi yang berkaitan secara langsung dengan program peluru berpandu balistik antara benua (Korea Utara).

"Pintu diplomasi belum ditutup tetapi Pyongyang mesti segera menghentikan tindakan provokasinya,” kata jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara Rumah Putih, Adam Hodge, dalam satu kenyataan.

Pelancaran itu meningkatkan ketegangan di rantau ini yang boleh menggugat kestabilan keselamatan merupakan pencabulan terhadap beberapa resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain menimbulkan ketegangan dan berisiko menjejaskan kestabilan keselamatan di rantau ini dan selainnya," menurut kenyataan itu.

Hodge berkata ”Washington akan mengambil semua langkah perlu untuk memastikan keselamatan AS, Korea Selatan dan Jepun”.

Menurut tentera Korea Selatan, Pyongyang telah melancarkan roket pelbagai peringkat ke arah selatan. - Bernama