Kerajaan masih berhasrat teruskan bantuan haji

Ahmad Marzuk (dua dari kiri) menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kepada penerima semasa Hari Sayyidatina Khadijah Parlimen Pengkalan Chepa di Putik pada Ahad.
Ahmad Marzuk (dua dari kiri) menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kepada penerima semasa Hari Sayyidatina Khadijah Parlimen Pengkalan Chepa di Putik pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan bantuan menunaikan Haji kepada para jemaah pada tahun hadapan walaupun berdepan dengan peningkatan kos yang agak tinggi ketika ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkara tersebut merupakan keutamaan, walau bagaimanapun ia masih awal untuk diputuskan.

"Kita akan datangkan dengan kesedaran supaya mereka yang berkemampuan membayar penuh tanpa bantuan.

"Ada kumpulan B40, ada bukan B40 dan bantuan berbeza tetapi siapa sahaja yang berkeinginan untuk bayar sepenuhnya itu sangat-sangat dialukan dan digalakkan," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Hari Sayyidatina Khadijah Parlimen Pengkalan Chepa di Putik pada Ahad.

Menurut beliau, setiap tahun kos menunaikan haji meningkat kerana ia melibatkan tambang penerbangan, sewa penempatan dan paling jelas kenaikan Cukai Nilai Tambah (VAT) di Kerajaan Saudi atau dikenali sebagai cukai barang dan perkhidmatan (GST) A jika di Malaysia sudah melebihi 15 peratus.

Ahmad Marzuk berkata, di sana jika perlu bayar RM1,000 kos yang terpaksa dikeluarkan ialah RM1,150.

Ujarnya, itu antara penyebab kenaikan kos Haji termasuk kadar inflasi yang melanda dunia juga melibatkan negara Saudi.

"Sekiranya rakyat terus memberikan sokongan dan dokongan kepada kita dan prestasi kewangan Tabung Haji (TH) memberangsangkan kerajaan akan teruskan bantuan pada tahun akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!