Ibu kandung Nur Fazira Hanim dicari

Gambar lama Nur Fazira Hanim (kiri), Gambar terkini Nur Fazira Hanim
Gambar lama Nur Fazira Hanim (kiri), Gambar terkini Nur Fazira Hanim
A
A
A

KLANG - Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dicari bagi menguruskan kebajikan kanak-kanak itu yang ditinggalkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang sejak 2019.

Pelindung Kanak-Kanak Pejabat JKM Klang, Siti Romilah Mat Yajid berkata, kanak-kanak itu ialah Nur Fazira Hanim Abdullah yang lahir pada 7 Disember 2018 serta berstatus warganegara.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut dan ibu kandung diselamatkan oleh polis pada 4 Julai 2019, selepas didapati hidup gelandangan dan tidak terurus.

"Ibu kandung dihantar menjalani rawatan di klinik psikiatri manakala kanak-kanak itu di masukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Hasil semakan, ibu kandung bernama Ikhti Syam Azmi, 35 (ketika itu) dan alamat terakhirnya di Kampung Keda Che Bema, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah telah menghilangkan diri dan tidak pernah melawat kanak-kanak tersebut.

"Sejak itu, kanak-kanak berkenaan telah ditempatkan di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) iaitu Siti Sarah Mohamad Salim dan Zulfizan Zabir," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, ibu kandung atau waris kanak-kanak itu diminta tampil untuk menuntut semula kanak-kanak ini sebelum penempatan yang sewajarnya dibuat dalam mengambil kira kebajikan dan masa depan kanak-kanak.

Tambahnya, sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat JKM Klang atau menghubunginya di talian 03-33413703.

Artikel Berkaitan: