Taja minuman usaha amal bakti berkongsi rezeki

Pengasas Furqon Natural Therapy & Acupuncture Centre (Pertubuhan Rumah Ngaji Furqon), Hafiza Alias
Pengasas Furqon Natural Therapy & Acupuncture Centre (Pertubuhan Rumah Ngaji Furqon), Hafiza Alias
A
A
A

SHAH ALAM - Pemberian sumbangan minuman kepada pengunjung semasa Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My#QuranTime 1.0 antara usaha dalam membuat amal bakti dengan cara berkongsi rezeki dengan orang ramai.

Pengasas Furqon Natural Therapy & Acupuncture Centre (Pertubuhan Rumah Ngaji Furqon), Hafiza Alias berkata, ia juga bertepatan dengan hasrat syarikat untuk membantu masyarakat dan golongan yang kurang berkemampuan.

"Kita ingin memberi balik kepada komuniti selain ingin berkongsi rezeki dengan menaja air mineral untuk program ilmu seperti ini.

"Menerusi dana yang ada, kita dapat memberi infak kepada komuniti dan golongan memerlukan dengan menaja air mineral dan setakat ini kita bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak 1,560 botol air mineral.

"Difahamkan terdapat permintaan untuk air mineral untuk program tersebut dan saya juga akan menambah 2,000 lagi air botol mineral mengikut dana yang ada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Pada Sabtu Sinar Harian melaporkan penganjuran Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 bakal menjadi satu peristiwa besar apabila ia akan menyaksikan ribuan penonton setia program My#QuranTime berjaya menamatkan bacaan al-Quran bersama-sama.

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) buat julung kalinya bakal mengadakan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 secara fizikal di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 8 Oktober ini.

Dalam pada itu, Hafiza berkata, pemberian sumbangan ini juga dapat memberi contoh serta menggalakkan syarikat-syarikat korporat atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyokong program ilmu agama ini dalam memperoleh pahala dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Artikel Berkaitan:

"Kita harap program tadabbur al-Quran ini dapat berjalan dengan baik selain memberi manfaat kepada semua pihak.

"Menerusi tajaan ini bukan sahaja mendapat keberkatan dan pahala malah dapat menggalakkan semua pihak untuk melakukan amal kebajikan," jelasnya.