PH tubuh jawatankuasa teliti permohonan Muda, PSM

PH menubuhkan jawatankuasa rundingan bagi membincangkan permohonan keanggotaan Muda dan PSM.
PH menubuhkan jawatankuasa rundingan bagi membincangkan permohonan keanggotaan Muda dan PSM.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan jawatankuasa rundingan bagi membincangkan permohonan keanggotaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk bekerjasama dengan parti itu secara rasmi.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, langkah itu dibuat sebagai persediaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jawatankuasa tersebut akan dianggotai seorang wakil setiap parti komponen terdiri daripada Nik Nazmi Nik Ahmad (Parti Keadilan Rakyat), Steven Sim Chee Keong (DAP), Mohd Hasbie Muda (Parti Amanah Negara) dan Datuk Ewon Benedick dari Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, hasrat Muda dan PSM itu bererti mereka bersedia berpegang pada prinsip-prinsip dan berada di landasan yang sama dengan PH seterusnya merangkul kekuatan bagi menghadapi PRU15.

"Langkah ini dilihat mampu mengelakkan pertembungan kerusi dalam pilihan raya," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: